SENARAI TERLARIS

 
MORE VIEWS
 

500 Kelalaian dalam Solat

Akhmad Faozan (Author)
 
ISBN : 9789673712779
     
     
Pages : 211
     
Publisher : Synergy Media
     
Book Size : 6” x 9”
     
Text Printing : 1 Color
     
Author : Akhmad Faozan
     
Price : RM 21.90
     
Price Now : RM 21.90
 
 
Synopsis
 
“Dirikanlah olehmu solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” ( Surah Hud: 114)

Solat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam Islam. Solat merupakan rukun Islam yang kedua juga adalah tiang agama. Orang yang menjaga untuk tetap melaksanakan solat dengan maksimum, bermakna ia telah menjaga agamanya. Siapa yang mensiakannya,bermakna ia telah mensia-siakan agama. Di akhirat, baik dan buruknya amal seseorang ditentukan dengan pahala solatnya. Apabila dia mengerjakan solatnya dengan baik dan benar, amalan yang lain menjadi benar. Apabila solatnya rosak, rosaklah amalan-amalan yang lain. Oleh sebab itu, setiap orang Islam hendaklah mengerjakan solat dengan sebetul-betulnya. Ia harus memerhatikan perkara-perkara yang dapat mengurangkan kesempurnaan solat bahkan juga membatalkannya.

“Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah sahaja dari pahala solatnya.” (Hadis Riwayat Daud, Ahmad dan Baihaqi)

Buku ‘500 Kelalaian dalam Solat’ memberi panduan solat mengikut tuntutan Rasulullah SAW dengan mengetahui kelalaian yang dilakukan ketika solat serta menyediakan penjelasan yang amat berharga.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku Best Seller ini! Anda pasti bersyukur memilikinya!