SIRI JOM BERKARYA BERSAMA KAK LONG (10 Judul)

 
MORE VIEWS
 

ANEKA KRAF DARI KULIT TELUR

Ir Zainal Abidin (Author)
 
ISBN : 9789673222346
     
     
Pages : 64
     
Publisher : Synergy Media
     
Book Size : 5’’ x 8.5’’
     
Text Printing : 4 Color
     
Author : Ir Zainal Abidin
     
Price : RM 13.90
     
Price Now : RM 12.50
 
 
Synopsis
 
Kulit telur boleh dijadikan seni dekorasi? Tentu ramai yang tidak menyangka bahawa kulit telur sebenarnya boleh dijadikan sebagai seni dekorasi yang menakjubkan. Anda juga tentu tidak akan menyimpan kulit telur setelah anda mengambil isinya. Kita biasanya akan membuang kulit telur tersebut begitu sahaja tanpa memandang dua kali kepada kulit telur tersebut.
Bagaimana caranya untuk menghasilkan kraftangan kulit telur yang menarik? Mudah sahaja. Anda hanya perlukan daya imaginasi yang kreatif.

Buku ini akan menunjukkan kepada anda tentang perkara-perkara berkenaan kraf kulit telur. Anda akan mempelajari tentang cara menghasilkan pelbagai seni dekorasi telur bermula daripada perlatan dan bahan yang diperlukan, teknik asas hinggalah tahap-tahap pembuatan pelbagai seni dekorasi melalui seni mozek, kolaj, etch, lukisan pensel, perwarnaan cat, perwarnaan timbul, penggoresan, dekorasi dengan gerudi mini serta kombinasi beberapa teknik untuk membuat hiasan. Selain itu, buku ini turut mengupas tentang teknik kemasan dan cara membuat pelbagai reka bentuk bekas telur hingga kraftangan ini menjadi lebih menarik.

Jika anda mahukan dekorasi yang baru dan unik, anda patut mencuba kraftangan ini. Miliki buku ini segera.