SIRI KOOL YEAH! (29 Judul)

 
MORE VIEWS
 

Tirai Hujan

Anindita Siswanto Thayf (Author)
 
ISBN : 9789670585444
     
     
Pages : 210
     
Publisher : Synergy Media
     
Book Size : 4.25” x 7”
     
Text Printing : 4 Color
     
Author : Anindita Siswanto Thayf
     
Price : RM 13.50
     
Price Now : RM 12.10
 
 
Synopsis
 
Jika dia sedang berada di tempat ini sekarang, tolong hargai dan jaga dia. Jangan sia-siakan dia kerana masih banyak yang memerlukan dan mereka itu adalah saudara-saudaramu sendiri.

Andaikan dirimu berdiri di tempat yang teduh dengan sebuah payung kecil di tangan semasa hujan turun dengan lebatnya. Hingga menciptakan tirai hujan di sekitarmu, bersyukurlah kerana kau masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk berteduh dan tidak basah. Tapi, janganlah itu membuatmu takbur atau mengeluh sambil berharap sebuah payung yang lebih besar kerana jika kau mencuba melihat lebih jauh di sebalik tirai hujan, masih banyak orang yang terpaksa basah dan memeluk tubuh sambil menggigil, menunggu hujan yang entah bila akan berhenti.


Tirai hujan adalah air mata para mangsa perang yang selalu berdoa dalam tangis dan menunggu dalam harapan. Bilakah hujan akan berhenti. Buku ini membawa anda menyelami perasaan mereka yang berada dalam kesusahan akibat peperangan. Gaya penceritaannya yang menarik mampu meruntun hati kecil anda dan membawa anda untuk membaca kisah ini hingga ke penghujungnya.


Jadi, tunggu apa lagi…Dapatkan segera buku ini untuk mencari inspirasi bagi memperoleh manfaat dan pengajaran terhadap segala peristiwa yang berlaku. Semoga kehidupan anda akan lebih diberkati. Amin.