SIRI AGRO ITU PERNIAGAAN (12 Judul)

 
MORE VIEWS
 

Penternakan Ikan Patin

Heru Susanto (Author)
 
ISBN : 9789673710775
     
     
Pages : 136
     
Publisher : Synergy Media
     
Book Size : 7” x 10”
     
Text Printing : 1 Color
     
Author : Heru Susanto
     
Price : RM 25.50
     
Price Now : RM 23.00
 
 
Synopsis
 
Ikan patin sangat terkenal dengan keenakkanya apabila disajikan di atas meja makan. Ikan patin boleh dimasak dengan berbagai-bagai cara. Ikan patin mempunyai permintaan tinggi di pasaran pada ketika ini. Kelembutan dan keenakan dagingnya digemari oleh kebanyakan rakyat di Malaysia.
 
Permintaan terhadap ikan patin semakin hari semakin meningkat mengikut peredaran masa. Selain dagingnya yang lembut dan manis cara penternakan ikan air tawar ini tidaklah terlalu rumit. Buku Panduan Penternakan Ikan Patin mengulas dengan terperinci tentang teknik-teknik dan cara menternak ikan patin dengan betul. Di samping itu, buku ini menerangkan tentang cara-cara pembenihan ikan patin untuk mendapatkan baka yang berkualiti tinggi. Selain itu, buku ini turut menerangkan langkah-langkah keselamatan yang harus dilakukan untuk mengelakkan ikan yang diternak daripada menjadi mangsa penyakit dan pemangsa-pemangsa lain.
 
Buku ini memberi penerangan dengan jelas dan mudah untuk difahami oleh pembaca. Selain berguna untuk dijadikan panduan dalam menternak ikan air tawar, buku ini juga boleh dijadikan koleksi bahan rujukan anda.
 
Apa tunggu lagi! Anda ingin menjadi penternak ikan patin yang berjaya? Ayuh! Buat tempahan segera.