SIRI PROSPEK PERNIAGAAN AGRO (12 Judul)

 
MORE VIEWS
 

Penternakan Ikan Tilapia Merah

Sri Judantari, Khairuman, Ir.Khairul Amri (Author)
 
ISBN : 789673228058
     
     
Pages : 80
     
Publisher : Synergy Media
     
Book Size : 7” x 10”
     
Text Printing : 2 Color
     
Author : Sri Judantari, Khairuman, Ir.Khairul Amri
     
Price : RM 24.50
     
Price Now : RM 22.10
 
 
Synopsis
 
Tilapia Merah adalah sejenis ikan tilapia unggul yang proses pertumbuhannya jauh lebih cepat, bentuk tubuhnya lebih lebar dan struktur dagingnya lebih tebal berbanding dengan ikan tilapia jenis lain. Beberapa keunggulan tersebut membuatkan tilapia ini menjadi tumpuan para pengusaha atau penternak ikan air tawar kerana kos pengeluaran yang boleh diimbangi dengan tempoh pemeliharaan yang lebih singkat dan jumlah hasil yang lebih besar.

Sedar akan kebaikan tersebut, buku Penternakan Ikan Tilapia Merah ditulis untuk anda dengan tujuan untuk memenuhi keinginan masyarakat yang ingin mengenali dengan lebih lanjut mengenai ikan tilapia merah. Buku ini membincangkan beberapa topik mengenai Tilapia Merah terutamanya bagi mereka yang ingin membesarkan anak ikan. Juga sesuai untuk mereka yang ingin membuat benih sendiri dan untuk mereka yang ingin mengusahakan kedua-duanya.

Buku ini sebahagian besar bersumberkan pengalaman para penulis yang aktif dalam bidang penyelidikan ikan tilapia serta pengalaman para penternak di lapangan ini mengupas penternakan Tilapia Merah, bermula dengan proses pengeluaran, pembesaran, sehingga ke analisis keuntungan perusahaan. Di samping itu, bahan-bahan buku ini juga diperkaya dengan pengalaman penternak dalam bidang penternakan ikan tilapia sehingga dengan boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja. Bagaimana pula dengan anda?

Ayuh..Dapatkan segera buku ini sebagai panduan untuk anda yang berminat dalam bidang penternakan ikan. Anda pasti teruja membacanya.