SIRI SUKSES MENGURUS INDUSTRI TERNAK (10 Judul)

 
MORE VIEWS
 

KAMBING TEMPATAN

Akhmad Sodiq & Zainal Abidin (Author)
 
ISBN : 9789673714971
     
     
Pages : 100
     
Publisher : Synergy Media
     
Book Size : 10’’ x 7’’
     
Text Printing : 2 Color
     
Author : Akhmad Sodiq & Zainal Abidin
     
Price : RM 26.50
     
Price Now : RM 23.90
 
 
Synopsis
 
Usaha penternakan yang diikuti dengan perniagaan ternakan kambing merupakan salah satu jenis perniagaan yang sudah berlaku sejak zaman dahulu kala. Pada zaman Rasulullah SAW, penternakan kambing adalah salah satu usaha penternakan yang utama dan turut diceburi oleh Rasulullah SAW.
 
Cara menggemukkan kambing sebenarnya tidak terlalu sukar. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh penternak supaya usaha penggemukan ini mendatangkan keuntungan. Salah satunya adalah perolehan baka. Baka kambing yang ingin dipelihara hendaklah memiliki fizikal yang baik, sihat dan tidak cacat. Sebaiknya, ambil kambing jantan betina. Selain baka, sebenarnya masih banyak faktor penyokong yang boleh menentukan kejayaan usaha yang dilakukan.
 
Dengan kecanggihan teknologi terkini dan sokongan daripada kerajaan, usaha penternakan kambing kini semakin terjamin. Tambahan pula, terdapat khidmat nasihat pegawai veteriner dan juga baka yang mudah diperolehi. Kambing bukan sahaja diternak untuk mendapatkan daging, tetapi juga susunya yang sangat berkhasiat.Oleh itu, permintaan kambing sentiasa tinggi.
 
Bagi penternak yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang penternakan kambing, buku ini boleh dijadikan panduan dan membincangkan secara terperinci tentang pelbagai perkara mengenai penggemukan kambing. Antaranya ialah kaedah memilih kambing, mengenali baka yang baik, sistem kandang, keperluan makanan, kawalan penyakit dan beberapa maklumat lain.
 
 Jadi, apa ditunggu lagi, dapatkan sekarang juga!!