SIRI KAMUS PINTAR BAHASA KBSR (9 Judul)

 
MORE VIEWS
 

Simpulan Bahasa

Mohd. Zulkifli (Author)
 
ISBN : 9789673224388
     
     
Pages : 148
     
Publisher : Synergy Media
     
Book Size : 5” x 7.5”
     
Text Printing : 4 Color
     
Author : Mohd. Zulkifli
     
Price : RM 8.90
     
Price Now : RM 8.00
 
 
Synopsis
 
Biawak hidup bermaksud seseorang yang terpaksa menganggung beban hidup. Contoh ayatnya Pak Kaduk bagaikan memikul biawak hidup kerana terpaksa memelihara anaknya yang menghidap dadah. Lalat hijau bermaksud seseorang yang berperangai buruk dan suka melakukan perbuatan yang tidak baik. Contoh ayat Salim dipulaukan oleh keluarga kerana dia dianggap lalat hijau dalam keluarga. Ini adalah diantara simpulan bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang indah dengan kiasannya.

Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua hingga tiga patah perkataan. Ia merupakan kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap. Maknanya pula berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan itu. Simpulan bahasa merupakan salah satu peribahasa yang paling ringkas dan pembaca dapat mengagak maksudnya secara spontan. Simpulan bahasa boleh menjadi bidalan jika pada awal perkataan ditambah dengan perkataan jangan. Simpulan bahasa boleh menjadi perumpamaan jika pada awal perkataan ditambah dengan perkataan bak, laksana, macam, umpama, ibarat, seperti dan seolah-olah.

Simpulan Bahasa’ merupakan koleksi yang dapat membantu adik-adik di peringkat sekolah rendah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Contoh biawak hidup dan lalat hijau amat jarang digunakan oleh masyarakat umum.

Anda pasti anda tahu semua simpulan bahasa? Tambahkan lagi penguasaan anda dengan koleksi buku ini. Dapatkan segera.