SIRI INSPIRASI PENGUBAHSUAIAN RUMAH (9 Judul)

 
MORE VIEWS
 

74 Reka Bentuk Pintu Utama

Tim Penulis Griya Kreasi (Author)
 
ISBN : 9789673710973
     
     
Pages : 92
     
Publisher : Synergy Media
     
Book Size : 9” x 7.5”
     
Text Printing : 4 Color
     
Author : Tim Penulis Griya Kreasi
     
Price : RM 24.90
     
Price Now : RM 22.40
 
 
Synopsis
 
Tidak dapat dinafikan pintu utama merupakan salah satu bahagian penting dalam sesebuah pembinaan rumah kerana pintu utama merupakan laluan utama keluar masuk rumah. Pintu utama juga mampu menonjolkan keunikan bangunan mahupun pemilik kediaman. Oleh itu, pintu itu sebaik-baiknya memiliki nilai estetika yang tinggi, sehingga menimbulkan kesan positif terhadap rumah kediaman secara keseluruhannya.

Sebagai pintu hadapan yang paling dahulu terlihat dari luar rumah, para pemilik rumah berusaha untuk mereka bentuk pintu utamanya seteliti yang mungkin. Secara psikologi, reka bentuk utama juga sering dikaitkan dengan citarasa pemilik rumah. Dalam masyarakat tertentu, reka bentuk utama juga digabungkan dengan fengshui. Penempatan dan reka bentuk pintu utama yang sesuai dengan fengshui diharapkan dapat mencegah tenaga-tenaga negatif yang akan masuk ke dalam rumah tersebut.

Mengupas masalah pintu untuk rumah kediaman seolah-olah tidak ada penghujungnya. Ketika ini, terdapat pelbagai rekaan pintu yang diperkenalkan, dari yang bercirikan ringkas dan moden sehinggalah yang mempunyai pengaruh budaya tertentu. Inilah yang anda perlukan. Untuk membantu anda dalam memilih reka bentuk yang tepat untuk pintu rumah anda, buku ini menghimpunkan pelbagai reka bentuk pintu utama, ciri-ciri yang sesuai, material yang menjadi pilihan material sehinggalah jenis finishing (kemasan terakhir) yang digunakan. Selain itu, buku ini turut dilengkapi dengan anggaran kos pembuatan bagi sesuatu rekaan pintu itu.

Segeralah terokainya. Anda pasti berpuas hati dengan hasil idea anda yang tersendiri!