Tabiat memakan makanan selingan tidak sepenuhnya menjadi kesalahan bagi penghidap penyakit diabetes mellitus. Makanan selingan perlu diambil di antara waktu makan bagi penghidap penyakit ini. Sebaiknya, pegang prinsip sederhana dan seimbang dalam pola pemakanan. Gula dan tepung masih menjadi bahan asas biskut tetapi dalam jumlah yang terhad. Bagaimanapun, gula masih diperlukan oleh tubuh. Diabetes mellitus merupakan penyakit kronik yang terjadi akibat kekurangan pengeluaran insulin oleh pankreas. Penyakit ini berkaitan dengan metabolisma karbohidrat yang boleh dilihat dengan peningkatan glukosa dalam darah.
Buku ‘Sajian Biskut Diabetes’ disertakan pelbagai resipi biskut sihat yang dilengkapi dengan gizi ang harus digunakan oleh penghidap penyakit ini.
Anda diabetes? Ini buku panduan anda untuk menikmati manisan!
|